Galeri Petronas
Galeri Petronas

Galeri Petronas

Galeri Petronas merupakan galeri seni kontemporari yang ditubuhkan pada tahun 1993 oleh syarikat multinasional Malaysia, Petronas untuk mempromosi seni dan budaya. Galeri ini terletak di antara Menara Berkembar Petronas, sebuah destinasi beli-belah premier di Kuala Lumpur dan Suria KLCC serta menjadikannya mudah diakses oleh orang ramai.Galeri ini juga menyediakan ruang untuk artis Malaysia dan asing untuk memaparkan hasil karya mereka ke arah memenuhi dan memupuk minat yang semakin meningkat oleh rakyat Malaysia dalam seni visual.