Gamatisme
Gamatisme

Gamatisme

Gamatisme merupakan sebuah filem psiko seram arahan Yeop Hitler dan dibintangi oleh Syazwan Zulkifli, Nabila Huda, Ellyas Abdullah, Bubu 1News dan Adeline Tsen. Filem ini mengisahkan mengenai Zara (Nabila Huda), seorang mangsa rogol yang mengalami gangguan aktiviti paranormal selepas menggugurkan bayi perogolnya. Apabila dia berpindah ke hostel kolejnya, rakan-rakannya mula mengalami gangguan yang sama. Zara pula mulai diganggu oleh seorang wanita hamil. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 28 Mei 2015.

Gamatisme

Bahasa Melayu
Muzik oleh Reza Ramsir
Pengarah Yeop Hitler
Penerbit
  • Normashayu Puteh
  • Yuzdaina A. Shukor
Pecah panggung RM 300,000[1]
Syarikatpenerbitan
Pencil Pictures
Tempoh tayangan 88 Minit
Negara Malaysia
Dibintangi oleh
  • Syazwan Zulkifli
  • Nabila Huda
  • Adeline Tsen
  • Ellyas Abdullah
  • Bubu 1 News
Perbelanjaan RM 1.3 Juta