Gamis

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia atau GAMIS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh mahasiswa Malaysia yang berasaskan politik, dakwah dan kebajikan mahasiswa dan masyarakat. Presiden terkini ialah Muhammad Ikhwan Nasyriq Bin Salahin.GAMIS ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Yusof Abdullah sebagai sebuah front untuk membawa isu-isu mahasiswa dan rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-8 pada ketika itu. GAMIS pada ketika itu mendepani isu-isu kemiskinan bandar dan luar bandar, isu pendidikan tinggi, isu rampasan tanah dan pelbagai lagi. Melalui GAMIS, mahasiswa dari kebanyakan kampus utama di seluruh tanah air berjaya dikumpulkan dalam satu wadah Islam untuk mendepani isu-isu nasional dan antarabangsa bagi membawa suara Islam[1].Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) ialah sebuah badan gabungan mahasiswa daripada IPTA dan IPTS yang proaktif menyuarakan pandangan sisi mahasiswa, terutamanya mahasiswa Islam, tentang isu-isu berkaitan politik, dakwah dan kebajikan di negara Malaysia agar dapat mewujudkan sebuah Malaysia yang sejahtera dan diredhai Allah.