Gantz
Gantz

Gantz

Gantz (ガンツ, Gantsu) merupakan manga dan siri anime oleh Hiroya Oku. Gantz menceritakan kisah seorang remaja bernama Kei Kurono yang mati dilanggar kereta api dan dimasukkan ke dalam sebuah "permainan" di mana dia dan beberapa orang yang baru meninggal dunia dipaksa mencari dan membunuh makhluk asing. Siri anime dan manga Gantz mempunyai pembahagian cerita yang berbeza. Namun begitu, jalan ceritanya dari awal hinggalah ke babak kuil agak sama dan perbezaannya tidaklah begitu ketara. Siri anime Gantz yang telahpun habis ditayangkan terbahagi kepada dua bahagian; bahagian pertama yang digelar "The First Stage" berhenti di episod 13, dan 13 episod yang seterusnya digelar "The Second Stage", yang ditayangkan sejurus selepas tamatnya 13 episod pertama. Manga Gantz pula disiarkan di majalah Weekly Young Jump, sebuah majalah hiburan Jepun. Sehingga kini, siri manga Gantz masih diteruskan terbitannya. Pada 24 November, 2009, telah diumumkan bahawa dua buah filem lakonan langsung siri Gantz sedang diusahakan. Kedua-dua filem ini akan dibintangi oleh Kazunari Ninomiya dan Ken'ichi Matsuyama, dan diarahkan oleh Shinsuke Sato. Filemnya dijangkakan keluar musim bunga dan sejuk tahun 2011.[1]