Gareth_Bale
Gareth_Bale

Gareth_Bale

† Kemunculan (Gol).
Gareth Frank Bale (lahir 16 Julai 1989) ialah pemain bola sepak profesional Wales yang bermain sebagai pemain pertahanan kiri untuk Southampton dan Tottenham Hotspur dan pemain sayap untuk Real Madrid dan pasukan kebangsaan Wales. Dia memulakan karier profesionalnya di Southampton, bermain sebagai pertahanan kiri dan mendapat pujian sebagai pakar sepakan percuma. Bale berpindah ke Tottenham Hotspur pada tahun 2007 dengan yuran £7 juta. Semasa tempohnya di Spurs, perubahan pengurusan dan taktikal melihat dia berubah menjadi seorang pemain yang lebih ofensif. Bermula musim 2009–10, dibawah bimbingan Harry Redknapp, Bale menjadi ahli penting dalam pasukan dan mendapat perhatian antarabangsa ketika Liga Juara-Juara UEFA 2010–11.[3][4][5] Pada tahun 2011 dan 2013, dia dinamakan sebagai Pemain Tahunan PFA Pilihan Pemain dan dinamakan dalam Pasukan Tahunan UEFA. Pada tahun 2013, dia juga dinamakan sebagai Pemain Muda Tahunan PFA dan Pemain Bola Sepak Tahunan FWA.Pada 1 September 2013, Bale berpindah ke Real Madrid dengan yuran yang tidak didedahkan. Media Sepanyol dan Real Madrid TV melaporkan sebanyak £77 juta (€91 juta) manakala media Inggeris melaporkan yuran perpindahan rekod dunia sebanyak £85.3 juta (€100 juta), mengatasi rekod yuran perpindahan Cristiano Ronaldo sebanyak £80 juta (€94 juta).[6][7][8][9][10][11] Dia memainkan peranan penting dalam musim pertamanya di Real Madrid, membantu kelab itu untuk memenangi Copa del Rey dan Liga Juara-Juara UEFA, menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan akhir. Pada musim berikutnya, dia memenangi Piala Super UEFA dan menjaringkan gol dalam perlawanan akhir ketiga untuk membantu kelab itu memenangi Piala Dunia Kelab FIFA.Bale membuat penampilan antarabangsa sulung untuk Wales pada bulan Mei 2006, menjadi pemain termuda pada masa itu untuk mewakili negara itu. Dia sejak itu telah membuat lebih daripada 50 penampilan dan menjaringkan 19 gol antarabangsa.