Garnier

Garnier adalah sejenis jenama penjagaan peribadi yang juga merupakan anak syarikat pengeluar produk penjagaan peribadi terkemuka dunia iaitu L'Oréal. Garnier menghasilkan produk penjagaan rambut, antaranya termasuklah keluaran Fructis, ia juga turut memasarkan produk penjagaan kulit, misalnya jenama terbarunya Nutritioniste. Salah satu daripada kunci ramuan dan kandungan yang diperlukan dalam produk tersebut adalah penggunaan ekstrak pati buah-buahan yang menjadi bahan aktif asas dalam keseluruhan produk penjagaan keluarannya. Ia menggabungkan penggunaan asid buah-buahan, vitamin B3 dan B6, fruktosa dan glukosa.

Berkaitan