Menu
Gary Vaynerchuk PelaburanVaynerchuk telah membuat beberapa pelaburan peribadi sebagai seorang penyumbang labur termasuk dalam penerbitan wanita, PureWow pada tahun2017.Beliau juga telah melabur dalam Uber, Facebook, Twitter, Venmo dan banyak lagi perniagaan yang baru bermula.[22]
Setelah meninggalkanTumblr dan Buddy Media, Vaynerchuk memulakan VaynerRSE sebagai sebuah dana pelaburan bernilai $25 juta bersama Matt Higgins dari RSE Ventures disokong oleh Stephen Ross, pemilik Miami Dolphins. Dana ini menumpukan kepada teknologi pengguna dan bertindak sebagai inkubator di samping penyumbang labur tradisional.[23]
Pada tahun 2014, Vaynerchuk berkerjasama dengan usahawan TV sosial Jesse Redniss dan David Beck untuk menubuhkan BRaVe Ventures.[24]Firma ini memberi nasihat kepada rangkaian televisyen tentang teknologi yang muncul serta dana dan inkubasi perniagaan yang baru bermula serta teknologi pelbagai layar dan rangkaian sosial.[25]Pada bulan November 2016 majalah Variety melaporkan bahawa Turner Broadcasting System telah memperoleh perniagaan khidmat nasihat milik BRaVe Ventures untuk memajukan perniagaan dan strategi bagi jenama-jenama kemegahannya, TBS dan TNT.[26]
Pada tahun 2016 Vaynerchuk melabur dalam agensi sukan, Symmetry untuk membentuk VaynerSports bagi menawarkan perkhidmatan penuh mewakili atlit.Pada tahun 2017, VaynerSports menandatangani draf penyertaan NFL termasuk Jalen Reeves Maybin dan Jon Toth.[27][28]
Menu
Gary Vaynerchuk PelaburanBerkaitan
Gary Gary Vaynerchuk Gary Valenciano Gary Lineker Gary Medel Gary Becker Gary Neville Gary Rydstorm Gary Chaw Gary OldmanRujukan
WikiPedia: Gary Vaynerchuk http://adage.com/article/agency-news/vimeo-vaynerm... http://adage.com/article/special-report-agency-ali... http://www.adweek.com/digital/gary-vaynerchuk-radi... http://www.adweek.com/lostremote/jesse-redniss-dav... http://www.bizjournals.com/newyork/news/2017/01/25... http://www.businessinsider.com/apples-planet-of-th... http://www.businessinsider.com/gary-vaynerchuk-is-... http://www.cbsnews.com/8301-505125_162-37441480/bo... http://www.cnbc.com/2016/03/29/cnbcs-follow-the-le... http://www.crainsnewyork.com/40under40/Vaynerchuk