Pengiktirafan Gary_Vaynerchuk

Vaynerchuk pernah ditampilkan di "The New York Times",[51]The Wall Street Journal,[52]GQ,danTime,[53]dan telah muncul di rancangan Late Night with Conan O'Brien dan The Ellen DeGeneres Show.[54] Dalam tahun2000-an, Vaynerchuk digelar sebagai"guru wain pertama dalam era YouTube",[55][56] "bintang baharu dunia wain",[57]dan oleh Rob Newsom, pembuat wain di Washington State, "di luar Robert M. Parker yang mungkin merupakan pengkritik wain paling berpengaruh di Amerika Syarikat".[58]Pada tahun 2003, majalah Market Watch menyampaikan anugerah “Market Watch Leader" kepada Gary Vaynerchuk, lalu menjadikan beliau sebagai penerima anugerah ini yang paling muda. Pada bulan Julai 2009 Decanter meletakkan Vaynerchuk di tempat ke#40 dalam susunan kedudukan "The Power List" yang merangkumi individu-individu berpengaruh dalam industri wain, dengan menyatakan bahawa beliau "wakil bagi kuasa penulisan blog".[59][60]

Pada tahun 2011, The Wall Street Journal memasukkan Vaynerchuk dalam senarai Twitter’s Small Business Big Shots sementara Bloomberg’s Business Week memasukkan beliau ke dalam senarai 20 People Every Entrepreneur Should Follow.[61]Pada tahun 2013, Vaynerchuk berjaya ditampilkan di muka hadapan majalah Inc. keluaran bulan November dalam artikel "How to Master the 4 Big Social-Media Platforms.”[62]

Pada tahun2014, beliau tersenarai di dalam Fortune’s 40 Under 40 dan dipilih sebagai hakim dalam peraduan ratu Miss America. Pada tahun 2015,beliau tersenarai dalam Crain's New York Business 40 Under 40 dan dimasukkan ke dalam senarai Inc. iaitu “Top 25 Social Media Keynote Speakers You Need to Know.”[63]Pada tahun 2016 Vaynerchuk menjadi hakim pertandingan Genius Awards.[64][65]

Rujukan

WikiPedia: Gary_Vaynerchuk http://adage.com/article/agency-news/vimeo-vaynerm... http://adage.com/article/special-report-agency-ali... http://www.adweek.com/digital/gary-vaynerchuk-radi... http://www.adweek.com/lostremote/jesse-redniss-dav... http://www.bizjournals.com/newyork/news/2017/01/25... http://www.businessinsider.com/apples-planet-of-th... http://www.businessinsider.com/gary-vaynerchuk-is-... http://www.cbsnews.com/8301-505125_162-37441480/bo... http://www.cnbc.com/2016/03/29/cnbcs-follow-the-le... http://www.crainsnewyork.com/40under40/Vaynerchuk