Geblek
Geblek

Geblek

Geblek atau geblèk (Hanacaraka: ꦒꦼꦧ꧀ꦭꦺꦏ꧀; Jawi: ‏ڬيبليق‎) merupakan snek tradisional yang terbuat dari doh tepung ubi kayu dengan bumbu bawang goreng. Bentuknya bulat berwarna putih bersih dan dimasak dengan cara digoreng.[1] Makanan ini terkenal sebagai makanan ringan khas dari Kabupaten Kulonprogo, Kabupaten Purworejo dan Kabupaten Wonosobo. Gebleg dapat dinikmati dengan dimakan langsung atau dengan dicampurkan dengan kuah kacang.[2]Geblek selalu disamakan dengan cireng kerana bahan asasnya (iaitu ubi kayu) yang digunakan, tapi kedua-duanya berbeza bentuk dan saiz ukuran. Geblek berwarna putih, bentuknya serupa nombor lapan dan mempunyai tekstur yang kenyal ketika dikunyah.[3]