Geiser
Geiser

Geiser

Geiser adalah air mata yang melepaskan air secara derasnya dan disertai dengan wap.Fenomena yang agak jarang berlaku ini disebabkan oleh keadaan hidrogeologi tertentu yang hanya boleh didapati di beberapa tempat di Bumi. Semua tapak geiser secara umumnya terletak berdekatan dengan kawasan gunung berapi yang aktif di mana letusan yang berlaku adalah disebabkan oleh pemanasan aliran magma. Air permukaan mengalir turun ke kedalaman rata-rata sekitar 2000 meter (6,600 kaki) di mana ia bersentuhan dengan batu panas. Pendidihan air bertekanan tinggi ini menyebabkan air panas dan wap menyembur keluar dari lubang di permukaan Bumi (yakni sebagai suatu ledakan hidroterma).Sekurang-kurangnya 1,283 buah geiser telah meletus di Taman Negara Yellowstone, Wyoming, Amerika Syarikat; dan rata-rata 465 geiser aktif dalam sesebuah tahun.[1][2] Aktiviti letusan geiser barangkalinya boleh terjejas atau terhenti akibat pengumpulan mineral yang berterusan dalam lohong geiser, pertukaran fungsi dengan mata air panas yang berdekatan, gempa bumi, serta campur tangan manusia.[3]