Gelang_token
Gelang_token

Gelang_token

Teknologi gelang token merupakan satu teknologi untuk menghubungkan rangkaian kawasan setempat (LAN). Ia dicipta pada akhir 1960-an oleh Olof Söderblom, yang ketika itu bekerja dengan IBM . Paten AS diberikan pada 1981, lalu IBM memaju dan mempromosikannya pada awal 1980-an, dan kemudian dipiawaikan sebagai IEEE 802.5 oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik. Pada awalnya, teknologi ini amat berjaya, namun selepas kemunculan 10BASE-T untuk Ethernet dan piawai kabel EIA/TIA 568 pada awal 1990-an, populariti gelang token jatuh mendadak. Usaha pemasaran hebat dari IBM mendakwa prestasi dan kebolehpercayaan yang lebih baik dari Ethernet untuk aplikasi genting, namun ia gagal.