Gellert Grindelwald merupakan salah satu watak rekaan
J.K. Rowling dalam siri
Harry Potter. Beliau merupakan ahli sihir jahat sebelum
Lord Voldemort dan pertama kali disebutkan dalam siri ialah ketika
Harry Potter dengan Batu Hikmat pada Kad Coklat Katak yang tertera
Albus Dumbledore yang menyatakan Dumbledore telah mengalahkannya pada 1945. Rowling pernah mendakwa yang terdapat kaitan anatara Grindelwald dan
Adolf Hitler (yang turut dikalahkan pada
1945).Dalam buku
ketujuh, telah didedahkan bahawa Grindelwald pernah berkawan dengan Albus Dumbledore dan kedua-dua mereka pernah merancang untuk menubuhkan dunia baru iaitu ahli sihir menguasai
Muggle. Kemudian,
Aberforth Dumbledore menegaskan yang pertarungan antara tiga orang menyebabkan Ariana, adik Albus terbunuh oleh salah seorang daripada mereka. Maka, Albus memutuskan perhubungan dengan beliau dan kembali bersemuka hanya untuk mengalahkannya dan merampas "Elder Wand" yang Grindelwald curi daripada Gregorovitch, pembuat tongkat sakti yang hebat. Beliau merupakan bekas pelajar
Durmstrang dan simbolnya diketahui oleh segelintir ahli sihir, kebanyakannnya waris mangsa Grindelwald. Grindelwald dibunuh sendiri oleh
Voldemort yang menginginkan Elder Wand tanpa mengetahui yang tongkat sakti itu telah diambil Albus.Dipercayai ketika penghujung hayatnya, Grindelwald menyesali kejahatan yang telah dilakukannya.