Gema_Gegar_Vaganza_(musim_1)

Gema Gegar Vaganza (GGV) bagi musim yang pertama bermula 8 April 2017 hingga 21 Mei 2017 dan disiarkan pada setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam di rancangan Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135). Minggu pertama sahaja akan disiarkan serentak di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).[1]Gema Gegar Vaganza adalah pembaharuan dilaksanakan Astro Oasis selepas sedekad bersiaran. Pemilihan dendangan bersifat Islamik dan perlu selari dengan imej saluran ini dan memastikan GGV ini menepati syariat dengan memantau pengisian rancangan terbabit supaya kekal dengan matlamat asal selain memberi impak serta dapat menarik penonton baharu.