General_Dynamics
General_Dynamics

General_Dynamics

General Dynamics Corporation (NYSE: GD) adalah sebuah syarikat konglomerat pertahanan yang ditubuhkan melalui penggabungan dan pengecilan, dan sehingga tahun 2006 merupakan kontraktor pertahanan ke-6 terbesar di dunia[2]. Syarikat ini telah berubah dengan ketara selepas penggabungan pertahanan era-Perang Dingin. Syarikat ini mempunyai 4 bidang perniagaan yang utama: Sistem perkapalan, Sitem pertempuran, Sitem maklumat dan Teknologi, dan Ruang angkasa. Fort Worth Division (bekas bahagian syarikat ini) mengeluarkan pesawat F-16 Fighting Falcon, pesawat Barat yang paling banyak dikeluarkan, telah dijual kepada firma Lockheed pada tahun 1993. General Dynamics melibat semula dalam bidang perniagaan pesawat pada tahun 1999 ekoran pembelian firma Gulfstream Aerospace.