Nama Geneva

Bandar ini disebut di dalam teks Latin, oleh Caesar, dengan ejaan Genava,[13] berkemungkinan berasal dari bahasa Celt *genawa- dari kata dasar *genu- ("bend, knee"), merujuk kepada sungai yang bengkok atau estuari.[14]

Wilayah Zaman Pertengahan Geneva in Latin Tengah juga dikenali sebagai pagus major Genevensis atau Comitatus Genevensis (juga Gebennensis). Selepas 1400 namanya bertukar menjadi Genevois wilayah Savoy.[15]

Namanya mempunyai pelbagai variasi di dalam bahasa-bahasa moden, Geneva /dʒᵻˈniːvə/ dalam bahasa Inggeris, Bahasa Perancis: Genève [ʒ(ə)nɛv],[16] Bahasa Jerman: Genf [ˈɡɛnf]  ( dengar), Bahasa Itali: Ginevra [dʒiˈneːvra], dan Bahasa Romansh: Genevra.

Bandar ini berkongsi asal usul nama, *genawa "estuari", dengan bandar pelabuhan Genoa (Genova dalam bahasa Itali).[14]

Rujukan

WikiPedia: Geneva http://www.20min.ch/ro/rechercher/story/27606758 http://www.bevoelkerungsschutz.admin.ch/internet/b... http://www.bfs.admin.ch/bfs/portal/de/index/themen... http://www.bfs.admin.ch/bfs/portal/de/index/themen... http://www.meteoswiss.admin.ch/product/output/clim... http://www.agep.ch/eng/agep_presentation2.php http://www.centrepatronal.ch/index.php?id=2011 http://www.environmenthouse.ch/index.php?page=gree... http://www.ge.ch http://www.ge.ch/recherche-education/statistiques/...