Genghis_Khan
Genghis_Khan

Genghis_Khan

Genghis Khan (bahasa Mongol: Чингис Хаан), juga dieja Jenghis Khan, Jinghis Khan, Chinghiz Khan, Chinggis Khan, Changaiz Khan, nama asalnya Temüjin, juga dieja Temuchin, (c. 1155/1162/1167 - 18 Ogos 1227) adalah khan Mongol dan ketua ketenteraan yang menyatukan puak Mongol dan kemudiannya mengasaskan Empayar Mongol dengan menakluk sebahagian besar Asia, termasuk utara China (Dinasti Jin), Barat Xia, Asia Tengah, Parsi, dan Mongolia. Penggantinya meluaskan penguasaan Mongol menjadi empayar terluas dalam sejarah manusia. Dia merupakan datuk kepada Kublai Khan yang merupakan pengasas dan pemerintah pertama Dinasti Yuan di China.

Genghis_Khan

Pemerintahan 1206–1227
Ayahanda Yesükhei
Pasangan Börte Ujin
Khulan
Yisugen
Yisui
lain-lain
Bonda Ho'elun
Anakanda Jochi
Chagatai
Ögedei
Tolui
lain-lain
Nama penuh Genghis Khan
(nama lahir: Borjigin Temüjin)
tulisan Mongol ᠪᠣᠷᠵᠢᠭᠢᠨ ᠲᠡᠮᠦᠵᠢᠨ.
Pertabalan Musim bunga[1] 1206 di khurultai di tebing Sungai Onon, Mongolia
Kerabat diraja Borjigin
Pengganti Ögedei Khan
Gelaran Khan, Khagan
Nama kuil: Taizu (太祖)
Nama selepas mati: Maharaja Fatian Qiyun Shengwu
(法天啟運聖武皇帝)