Genoa_C.F.C.
Genoa_C.F.C.

Genoa_C.F.C.

Genoa Cricket and Football Club, dikenali sebagai Genoa (sebutan bahasa Itali: [ˈd͡ʒɛːnoa]), ialah sebuah kelab bola sepak dan kriket profesional Itali berpangkalan di bandar Genoa, Liguria. Diasaskan pada 7 September 1893, ia merupakan pasukan bola sepak rasmi pertama Itali.Genoa telah memenangi Serie A sembilan kali. Mereka juga memenangi Coppa Italia sekali. Genoa merupakan pasukan Itali keempat paling berjaya dari segi kemenangan trofi.Kelab ini bermain di gelanggang mereka sendiri di Stadio Luigi Ferraris, yang mempunyai kapasiti sebanyak 36,536 sejak tahun 1911. Sejak 1946, Genoa berkongsi stadium ini dengan pesaing tempatan, Sampdoria. Genoa kebanyakannya beraksi di Serie A dan Serie B dan dua kali bermain di Serie C selepas tempoh perang.