Genting_Group

Kumpulan Genting Berhad (MYX: 3182) ialah sebuah perbadanan multinasional yang terkenal di Malaysia. Ia terdiri daripada Genting Berhad dan anak syarikatnya. Kumpulan ini merupakan syarikat utama yang bertanggungjawab membangunkan Genting Highlands.[1]Kumpulan Genting diasaskan oleh Tan Sri Lim Goh Tong apabila beliau membina Genting Highlands Resort pada tahun 1965. Terletak 2000 m di atas paras laut. Genting Highlands Resort kini merupakan antara resort hiburan bersepadu termuka di dunia. Kumpulan Genting kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat..[2][3]Kini, anak Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.

Genting_Group

Industri Pelancongan, perjudian, perladangan, penginapan
Induk Kien Huat Realty Sdn Bhd
Bilangan pekerja 58,000 secara global
Perancang utama Tan Sri Lim Kok Thay (pengerusi & CEO), Tun Mohammed Hanif Omar (timbalan pengerusi)
Ibu pejabat Ibu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawang www.genting.com
Keluaran Genting Malaysia Berhad, Genting Plantations Berhad, Genting Singapore PLC, Star Cruises, Arkana, LTD, Kient Huat Realty, Empire Resorts, Genting UK PLC
Ditubuhkan 1965; 55 tahun yang lalu (1965)
Hasil ▲ RM 8.9 bilion (2016)
Jenis Awam