Geografi_Serbia
Geografi_Serbia

Geografi_Serbia

Serbia terletak di Eropah di semenanjung Balkan dan Dataran Pannonian, tepat di persimpangan antara Eropah Tengah, Selatan, dan Timur. Terdapat lima batang sungai di negara ini, iaitu:Kesemua lima sungai ini boleh dilayari, dan menghubungkan negara ini dengan:Sempadan timur negara ini ditetapkan oleh Banjaran Karpatos yang terbentang seluruh EropahTengah. Banjaran Karpatos bertemu dengan Banjaran Gunung Balkan, dan mengikut laluan Sungai Velika Morava, sebatang sungai yang 500 kilometer panjangnya dengan sebahagiannya boleh dilayari.Puncak Gunung Midzor ialah puncak tertinggi di Serbia Timur pada 2,156 meter tingginya. Di tenggara, Banjaran Gunung Balkan bertemu dengan Banjaran Gunung Rhodope, dan menghubungkan Serbia dengan Greece. Banjaran Gunung Sar di Kosovo membentuk sempadan dengan Albania, dengan Gunung Djeravicanya (2,656 m) merupakan salah satu gunung yang tertinggi di wilayah ini. Rantaian Gunung Alp Dinarik di Serbia yang mengikut arah pengaliran Sungai Drina (350 kilometer panjangnya, dan hanya boleh dilayari oleh kapal-kapal kecil) menghadap puncak-puncak Dinarik di sebelah pantai bertentangan di Bosnia dan Herzegovina.