Geometri_mutlak

Geometri mutlak ialah geometri yang berdasarkan pada sistem aksioma geometri Euclid tanpa menggunakan postulat selari mahupun alternatifnya. Secara sederhana, geometri ini hanya menggunakan empat pertama dari postulat Euclid. Namun kerana postulat Euclid tidak cukup menjadi dasar dari geometri Euclid, sistem lain, seperti aksioma Hilbert tanpa menggunakan aksioma selaei, dipilih menjadi dasar.[1] Istilah ini diperkenalkan oleh János Bolyai pada tahun 1832.[2] Geometri ini kadangkala disebut sebagai geometri netral,[3] dalam konteks "ke-netral-annya" dengan postulat selari.