George_H._W._Bush
George_H._W._Bush

George_H._W._Bush

George Herbert Walker Bush (12 Jun 1924-30 November 2018) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-41 (19891993). Sebelum menjadi Presiden, beliau pernah berkhidmat sebagai anggota Kongres dari Texas (1967–1971), duta untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1971–1973), pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (1973–1974), Ketua Pejabat Perhubungan Amerika Syarikat di Republik Rakyat China (1974–1976), Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) (1976–1977), Pengerusi Bank Antarabangsa Pertama di Houston (1977–1980), dan Naib Presiden Amerika Syarikat ke-43 di bawah Presiden Ronald Reagan (1981–1989). Seorang penerbang tentera laut yang dikurniai pingat, Bush juga merupakan bekas perajurit Perang Dunia II terakhir yang pernah berkhidmat sebagai Presiden. Bush ialah bapa kepada George Walker Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-43. Bapanya, Prescott Bush, ialah Senator Amerika Syarikat.Untuk kedua-dua dasar dalam negeri dan luar negara, Presiden Bush mengamalkan dasar-dasar yang sederhana. Pada hari-hari terakhir Perang Dingin, beliau bertanggungjawab untuk menguruskan dasar luar negara Amerika Syarikat semasa peralihan Kesatuan Soviet dan Eropah Timur daripada negara komunis kepada negara demokrasi liberal yang perlu dikendalikan dengan bijaksana. Bush memperjuangkan konsep Aturan Dunia Baru yang menggantikan konfrontasi ketenteraan dan strategik dengan undang-undang antarabangsa dan sepersetujuan sejagat sebagai cara untuk mencapai matlamat-matlamat diplomasi. Idea ini diamalkan semasa Perang Teluk apabila Amerika Syarikat menghimpunkan sebuah gabungan sejagat untuk menterbalikkan serangan Kuwait oleh Iraq di bawah Saddam Hussein. Untuk dasar dalam negeri, inisiatif Bush yang paling ketara ialah Akta Penyelarasan Peruntukan Pelbagai (Omnibus Budget Reconciliation Act) 1990 yang merupakan suatu tolak ansur dengan ahli-ahli Parti Demokrat dalam Kongres yang penuh dengan perbalahan. Akta itu bertujuan untuk menukarkan kawalan perbelanjaan dengan kenaikan cukai untuk mengimbangkan belanjawan persekutuan.Beliau meinggal dunia pada 30 November 2018, pada usia 94 tahun.[1] Beliau sendirinya merupakan bekas Presiden palinh lama hidup sebelum dalam sejarah negara itu melampaui hayat melepasi Gerald Fordyang berusia 93 tahun, dan 165 hari apabila beliau meninggal dunia pada 26 Disember 2006.

Rujukan

WikiPedia: George_H._W._Bush http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a10808231 http://data.rero.ch/02-A003061190 http://bushlibrary.tamu.edu/ http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://bioguide.congress.gov/scripts/biodisplay.pl... http://katalog.nsk.hr/F/?func=direct&doc_number=00... http://uli.nli.org.il/F/?func=direct&doc_number=00... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p073807516 http://isni.org/isni/0000000121458975 http://www.independent.co.uk/news/world/americas/g...