George_V_dari_United_Kingdom
George_V_dari_United_Kingdom

George_V_dari_United_Kingdom

George V atau nama penuhnya George Frederick Ernest Albert (lahir 3 Jun 186520 Januari 1936) merupakan Raja United Kingdom dari tahun 1910 hingga 1936 dan merupakan putera lelaki kedua kepada Edward VII. Baginda telah berkhidmat dalam tentera laut sehingga kematian kakandanya, Putera Albert Victor pada tahun 1892 yang merupakan calon mewarisi ayahandanya sebagai raja Britain. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Mary pada tahun 1893. Pada 6 Mei 1910, baginda telah menggantikan ayahandanya sebagai Raja United Kingdom yang baru setelah kemangkatan ayahandanya. Baginda mengalami masalah politik ketika awal pemerintahannya. Perjuangan perlembagaan untuk mengekang kuasa Dewan Pertuanan tidak dapat diselesaikan. Selepas kejayaan Parti Liberal dalam pilihan raya bulan Disember 1910, Dewan Pertuanan akhirnya tewas dan meluluskan Akta Parlimen pada tahun 1911.Sebagai hasil daripada Perang Dunia Pertama (1914-1918), kebanyakan empayar Eropah yang lain jatuh manakala Empayar British masih mahu memperluaskan tanah jajahannya. Pada tahun 1917, George menjadi raja pertama Kerabat Windsor yang dinamakan semula daripada Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha akibat sentimen anti-Jerman orang ramai berikutan Perang Dunia tersebut. Pemerintahannya memperlihatkan kebangkitan sosialisme, komunisme, fasisme, sistem republik Ireland dan pergerakan kemerdekaan India untuk mengubah landskap politik. Akta Parlimen 1911 mewujudkan keluhuran yang ada pada Dewan Rakyat British ke atas Dewan Pertuanan yang tidak dipilih. Pada tahun 1924, baginda memimpin kementerian Parti Buruh yang pertama dan pada tahun 1931, Undang-Undang Westminster mengiktiraf dominion Empayar British yang berasingan dan negara bebas di dalam Negara-Negara Komanwel. Baginda telah digantikan oleh anak sulungnya, Edward VIII selepas kemangkatan baginda pada tahun 1936.

George_V_dari_United_Kingdom

Pemerintahan 6 Mei 191020 Januari 1936
Ayahanda Edward VII
Pemakaman 28 Januari 1936
Gereja St. George, Istana Windsor
Tandatangan
Pasangan Mary dari Teck
Bonda Alexandra dari Denmark
Agama Anglican
Kerabat Kerabat Windsor
Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha
Anakanda Edward VIII
George VI
Mary, Princess Royal, Countess of Harewood
Putera Henry, Duke Gloucester
Putera George, Duke Kent
Putera John
Nama penuh
Nama penuh
George Frederick Ernest Albert
Pertabalan 22 Jun 1911
Kemahkotaan 12 Disember 1911
Didahului oleh Edward VII
Diikuti oleh Edward VIII