Gerakan_Islam

Pada dasarnya Gerakan Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam di muka bumi agar kedamaian dan kesejahteraan bagi umat manusia terlaksana. Namun begitu, banyak ideologi atau fahaman yang melandasi gerakan-gerakan ini. Ada yang bersifat gerakan dakwah dengan didasari oleh ilmu atau cara gerakan dengan sifat ke arah peperangan. Semua gerakan ini bertujuan sama akan tetapi gerakan ini harus melihat bila masa yang tepat untuk menggunakan cara-cara tersebut.Yang terpenting dalam sebuah gerakan Islam adalah gerakan yang di dalamnya para jamaah bersatu hati dan pemikirannya yang dilandasi dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw . Ini kerana sebuah gerakan Islam tanpa tujuan yang kuat akan mudah dihancurkan oleh gerakan musuh Islam yang memiliki barisan yang rapi. Oleh kerana itu, perlu adanya kesatuan pola fikir yang Islami dan langkah dakwah Islam yang sesuai dengan cara Rasulullah saw.