Gerakan_Kelaparan

Gerakan Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan British di dalam Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti Komunis Malaya. Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan awam, polis dan tentera. Dengan itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah telah ditubuhkan. Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya.Semua anggota di Kampung Baru yang terlibat dalam Rancangan Briggs perlu memastikan bahawa segala keperluan asas seperti bahan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta senjata tidak diberikan kepada pihak komunis. Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang ditetapkan sahaja. Kad pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk di Kampung Baru. Sekatan-sekatan jalan raya diadakan juga untuk menghalang pergerakan Min Yuen.