Gerbang

Gerbang atau lengkungan ialah suatu binaan terbuka dan melengkung yang beratapkan paduan binaan yang biasanya ialah batuan. Lengkungan gerbang boleh jadi dalam bentuk ala bulatan, bujur ataupun tajam di atas seperti piramid. Namun, gerbang ataupun lengkungan tidaklah padat binaannya, binaan gerbang biasanya bertiang dua di tepi dan ruang tengahnya terbuka luas dan membolehkan udara bergerak bebas dari muka ke muka. Gerbang-gerbang pada hari dibina menggunakan lebihan batuan-batuan kecil atau bongkah batu-bata yang digunakan dalam membuat bangunan. Gerbang dicipta bagi mendapat suatu pemandangan yang menarik dan damai. Batu yang terdapat di puncak tertinggi di atas sesuatu gerbang dikenali sebagai "batu kunci" atau "keystone" bagi memastikan batuan yang menjadi bahan asas dalam pembuatan gerbang tidak terjatuh. Gerbang atau lengkungan boleh diletakkan di atas jalan raya, bawah jambatan, pintu masuk utama atau di tingkap-tingkap. Di Malaysia, gerbang yang paling terkenal akan struktur binaan dan nilai warisannya ialah Kota Darul Ehsan. Gerbang agak berlainan sedikit dengan iwan kerana iwan mempunyai binaan tembok tertutup di bahagian dalamnya.