Sejarah Gereja_Ortodoks_Timur

Penganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat mengikut ritual dari pengaruh gereja Byzantine. Selama 1,000 selepas agama Kristian diasaskan, lima wilayah iaitu Jerusalem, Alexandria, Antioch, Rome dan Konstantinople mengikuti ajaran Kristian yang sama. Perkembangan politik dan jatuhnya Empayar Rom di barat kepada bangsa Jerman mengakibatnya terputusnya komunikasi antara gereja di Rome dan gereja di timur (Jerusalem, Alexandria, Antioch dan Konstantinople).

Pada tahun 1054, utusan Paus Rome ke Konstantinople mengucilkan (excommunicate) Gereja Konstantinople yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan tindakan serupa. Kedua-dua gereja mendakwa mereka di pihak yang benar dan berlakulah perpisahan dalam agama Kristian dengan kedua-dua gereja memisahkan diri mereka.