Jenis Gerhana_matahari

Fasa gerhana matahari separa dan cincin pada 20 Mei 2012Perbandingan saiz ketara minimum dan maksimum Matahari dan Bulan (dan planet-planet). Gerhana cincin boleh berlaku apabila Matahari mempunyai saiz ketara yang lebih besar daripada Bulan manakala gerhana penuh boleh berlaku apabila Bulan mempunyai saiz ketara yang lebih besar.


Terdapat empat jenis gerhana matahari:

  • Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan mnyelubungi dengan sepenuhnya cahaya Matahari yang amat terang, dan dengan ini membolehkan korona matahari yang banyak lebih lembut dilihat. Dalam mana-mana gerhana, kepenuhan paling baik pun hanya berlaku pada laluan terhad pada permukaan bumi.[1]
  • Gerhana anulus/cincin berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-betul sebaris, akan tetapi saiz Bulan kelihatan kecil daripada saiz Matahari—ini menyebabkan Matahari kelihatan seolah-olah sebentuk cincin yang amat terang atau anulus, yang mengelilingi cakera Bulan yang lebih gelap.[2]
  • Gerhana hibrid (juga disebut gerhana anulus-penuh) berubah antara gerhana penuh dan anulus. Ia kelihatan seperti gerhana penuh di beberapa tempat pada permukaan Bumi sementara di tempat lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana anulus. Gerhana hibrid agak jarang berlaku.[2]
  • Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat sebaris dan Bulan hanya melitupi Matahari dengan separa. Fenomenon ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun penuh. Walau bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak menyilangi permukaan Bumi.[2]

Jarak Matahari dari Bumi adalah lebih kurang 400 kali jarak Bulan (dari Bumi) sementara diameter Matahari pula lebih kurang 400 kali diameter Bulan. Oleh sebab nisbah-nisbah ini agak sama, dari Bumi, saiz Matahari dan Bulan kelihatan agak sama: lebih kurang 0.5 darjah sudut dalam ukuran sudut.[2]

Satu kategori berasingan gerhana matahari ialah Matahari dihadang oleh jasad selain daripada bulan Bumi, seperti yang diperhatikan dari tempat-tempat di angkasa lepas jauh dari permukaan bumi. Contohnya apabila anak-anak kapal Apollo 12 memerhatikan Bumi menggerhana Matahari pada tahun 1969 dan apabila prob Cassini memerhati Zuhal menggerhana Matahari pada tahun 2006.

Orbit Bulan yang mengelilingi Bumi merupakan elips, begitu juga dengan orbit Bumi mengelilingi Matahari. Maka, saiz ketara Matahari dan Bulan berbeza-beza.[3] Magnitud gerhana adalah nisbah saiz ketara Bulan kepada saiz ketara Matahari semasa gerhana. Gerhana yang berlaku apabila Bulan berada berhampiran jarak terdekatnya dengan Bumi (iaitu berhampiran perigee) can menjadi gerhana penuh kerana Bulan kelihatan cukup besar untuk menutup cakera terang Matahari, atau fotosfera; gerhana penuh mempunyai magnitud yang lebih besar daripada 1. Sebaliknya, gerhana yang berlaku apabila Bulan berada berhampiran jaraknya paling jauh dari Bumi (iaitu berhampiran apogee) hanya boleh menjadi gerhana anulus kerana Bulan akan kelihatan sedikit kecil daripada Matahari; magnitud gerhana anulus adalah kurang daripada 1. Gerhana matahari anulus lebih kerap berlaku gerhana penuh kerana, secara purata, Bulan terletak terlalu jauh dari Bumi untuk menutup Matahari sepenuhnya. Gerhana hibrid berlaku apabila perubahan magnitud gerhana pada peristiwa berubah dari kurang daripada satu kepada lebih satu dan sebaliknya, jadi gerhana muncul sebagai penuh di beberapa lokasi di bumi dan anulus di lokasi lain.[4]

Disebabkan orbit Bumi mengelilingi Matahari juga elips, jarak Bumi dari Matahari begitu juga berbeza sepanjang tahun. Ini memberi kesan kepada saiz ketara Matahari dengan cara yang sama, tetapi tidak sebanyak beza jarak Bulan dari Bumi.[2] Apabila bumi menghampiri jarak paling jauh dari Matahari pada bulan Julai, gerhana penuh adalah lebih cenderung berlaku, manakala keadaan memihak kepada gerhana anulus apabila Bumi menghampiri jarak paling dekat dengan Matahari pada bulan Januari.[5]

Sebagaimana dilihat dari Bumi, gerhana matahari berlaku apabila Bulan melintasi antara Matahari dan Bumi, dan Bulan menutup sebahagian atau sepenuhnya matahari sabagaimana dilihat dari sesetengah kawasan dari Bumi. Ini hanya boleh berlaku semasa bulan baru, apabila Matahari dan Bulan berada sejajar sebagaimana dilihat dari Bumi. Sekurang-kurangnya dua, dan sehingga lima, gerhana matahari berlaku setiap tahun; tidak lebih dari dua boleh membentuk gerhana penuh.[6][7] Gerhana matahari penuh bagaimanapun jarang pada sebarang tempat kerana gerhana penuh hanya berlaku ada laluan sempit dijejak oleh umbra Bulan.

Gerhana matahari penuh adalah fenomena semula jadi. Walau bagaimanapun, pada zaman dahulu, dan dalam sesetengah budaya hari ini, gerhana matahari telah dikaitkan dengan kuasa ghaib menyebabkan atau dianggap sebagai petanda tidak baik. Gerhana matahari penuh boleh menakutkan orang yang tidak mengetahui penjelasan astronomi di sebaliknya, dengan Matahari seolah-olah hilang di tengah hari dan langit menjadi gelap dalam masa beberapa minit.

Bulan transit di hadapan Matahari yang dilihat dari STEREO-B pada 25 Februari 2007 pada 4.4 kali jarak di antara Bumi dan Bulan.[8]

Istilah bagi gerhana pusat

Gerhana pusat sering kali digunakan sebagai istilah umum bagi gerhana penuh, gerhana anulus/cincin, atau gerhana kacukan. Ini bagaimanapun, tidak tepat: istilah bagi gerhana pusat merupakan titik di mana garis tengah umbra menyentuh permukaan bumi. Ia adalah mungkin, sungguhpun amat jarang, sebahagian umbra melintasi Bumi (dengan itu menghasilkan gerhana anulus atau gerhana penuh), tetapi bukan garis tengahnya. Ini sering kali dikenali sebagai gerhana penuh tidak tengah atau gerhana anulus.[9] Gerhana matahari penuh bukan pusat seterusnya akan berlaku pada 9 April 2043.[10]

Fasa yang dilihat semasa gerhana penuh dikenali sebagai:

  • Sentuhan Pertama — apabila bayang-bayang bulan yang pertama akan kelihatan pada cakera suria. Ada juga yang menamakan fasa individu antara Sentuhan Pertama dan Kedua.
  • Sentuhan Kedua — bermula dengan manik Baily {disebabkan oleh cahaya melalui lembah-lembah di permukaan bulan} dan cincin berlian. Hampir keseluruhan cakera ditutupi.
  • Kepenuhan — dengan bayang-bayang bulan mengaburkan menutupi cakera matahari dan hanya korona yang boleh dilihat
  • Sentuhan Ketiga — apabila cahaya terang mula kelihatan dan bayang-bayang beralih daripada matahari. Sekali lagi cincin berlian boleh diperhatikan

Rujukan

WikiPedia: Gerhana_matahari http://users.online.be/felixverbelen/catzeute.htm http://www.fourmilab.ch/images/peri_apo/ http://www.bareket-astro.com/eclipse/Camera2.html http://bmj.bmjjournals.com/cgi/content/full/319/72... http://www.bostonleadershipbuilders.com/herodotus/... http://www.bostonleadershipbuilders.com/herodotus/... http://www.bostonleadershipbuilders.com/herodotus/... http://www.britishbattles.com/zulu-war/isandlwana.... http://www.earthview.com/tutorial/causes.htm http://www.eclipse-chasers.com/eclphot.htm