Gerhana_matahari_26_Januari_2009
Gerhana_matahari_26_Januari_2009

Gerhana_matahari_26_Januari_2009

Gerhana matahari yang berlaku pada hari Isnin bertarikh 26 Januari 2009 yakni Tahun Baru Cina di Malaysia[1] adalah gerhana anulus matahari dengan magnitud 0.92 boleh dilihat bermula dari selatan Lautan Atlantik dan bergerak 900 km ke arah timur melalui selatan Afrika, melengkung ke arah timur laut melalui Lautan Hindi. Pendaratan yang pertama bermula dari Pulau Cocoa diikuti selatan Sumatera dan barat Jawa. Titik gerhana terus bergerak agak ke timur melintasi di tengah-tengah Borneo, merentasi barat laut Sulawesi, kemudian berakhir sebelum Mindanao, Filipina.[2] Gerhana matahari ini telah diramalkan berlaku selama 3 jam 46 minit.[1]Gerhana ini merupakan sebahagian daripada Kitaran Saros Suria 131.