Gerila_Kinabalu

Gerila Kinabalu ialah sebuah pasukan penduduk negeri Sabah (pada waktu itu sebuah tanah jajahan British, kini sebahagian daripada Malaysia) yang bangun menentang pemerintahan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pasukan gerila ini diketuai oleh Albert Kwok[1]. Selepas serangan ulung pasukan ini pada 10 Okt 1943, tentera Jepun membalas dan membunuh 186 orang gerila sementara seramai 131 orang dipenjara. Mereka yang terkorban disemadikan di Tanah Peringatan Peperangan Petagas, Putatan, Sabah.[2].