Ghana
Ghana

Ghana

Ghana, secara rasminya dipanggil Republik Ghana, adalah sebuah negara di Afrika Barat. Ia bersempadan dengan Côte d'Ivoire di barat, Burkina Faso di utara, Togo di timur, dan Lautan Atlantik di selatan. Accra merupakan ibu negara dan bandar rayanya yang terbesar. Jumlah penduduknya pada 2005 ialah 21,029,853. Sebelum zaman penjajahan, Ghana diduduki oleh beberapa kemaharajaan kuno, termasuk kemaharajaan pedalaman di Ashanti dan pelbagai negara-negara Fante di sepanjang pantai. Perdagangan dengan negara-negara Eropah berkembang maju selepas hubungan dengan pihak Portugis pada abad ke-15. England mengasaskan Gold Coast, sebuah tanah jajahan, pada 1874. Ghana merupakan negara kulit hitam Afrika yang pertama untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan penjajah. Sebaik sahaja negara ini mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom pada 1957, nama Ghana dipilih sebagai rujukan kepada Empayar Ghana yang merupakan asal kerajaan kunonya.