Gilligan's_Island
Gilligan's_Island

Gilligan's_Island


Gilligan’s Island merupakan salah satu siri popular dalam sejarah penyiaran televisyen Amerika Syarikat. Ia mula ditayangkan kepada umum pada 26 September 1964 sehinggalah 4 September 1967. Gilligan’s Island telah berjaya menerbitkan sebanyak 98 episod. Pada 36 episod terawal yang terkandung dalam musim pertama, Gilligan’s Island disiarkan dalam bentuk gambar hitam-putih tetapi baki 62 episod lagi yang mewakili musim kedua dan ketiga menyaksikan Gilligan’s Island dalam bentuk siaran berwarna. Ia berkisarkan sebuah kapal, S.S. Minnow yang telah dimusnahkan oleh ribut dan hanya tujuh orang penumpang sahaja yang terselamat dan ketujuh-tujuh mereka terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Kebanyakan episod menceritakan mengenai bagaimana ketujuh-tujuh mangsa nahas tersebut mencari jalan menghubungi pihak-pihak tertentu dan mencari alternatif lain untuk pulang ke kediaman masing-masing.