Khasiat Ginkgo_biloba

Dalam perubatan China, biji Gingko biloba dianggap lebih bermanfaat berbanding daun. Ia digunakan untuk merawat asma, masalah keputihan, kencing malam dan tidak terkawal dan tonik paru-paru kerana ia mempunyai bahan anti bakteria dan anti kulat.

Bagaimanapun sejak 30 tahun yang lalu, ahli sains mendapati ekstrak daunnya lebih bermanfaat kerana kandungan flavonoid dan terpena lakton yang bertanggungjawab ke atas kebanyakan tindakan biologi dalam tubuh manusia. [perlu rujukan]

Gingko menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yang sihat menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak Gingko biloba.[perlu rujukan]

Gingko biloba turut dipercayai memberi kesan baik terhadap fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Memandangkan otak terdiri daripada asid perlu tak tepu yang tinggi, ia mendedahkan kepada radikal bebas. Gingko biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai makanan tambahan.[perlu rujukan]

Minyak ikan yang kaya dengan asid dokosaheksanoik juga turut memberi impak kepada rangsangan minda. Rangsangan minda sebenarnya bukan sahaja sesuai untuk golongan kanak-kanak, malah sesuai juga untuk golongan berusia bagi mengekalkan kecergasan minda. Membaca, menyelesaikan teka-teki, teka silang kata serta bermain catur merupakan antara permainan yang boleh merangsang minda.[perlu rujukan]