Ginkgo_biloba
Ginkgo_biloba

Ginkgo_biloba

Ginkgo (Ginkgo biloba; dalam Cina dan Jepun 銀杏, romanisasi pinyin: yín xìng, romanisasi Hepburn: ichō atau ginnan) (dieja juga sebagai gingko) ialah spesis pokok unik dengan tiada spesis bersaudara yang hidup selainnya. Pokok ginkgo ditanam dan diperkenalkan secara meluas sejak zaman dahulu lagi dan mempunyai pelbagai gunaan dalam makanan dan ubatan tradisional. Pokok ini adalah pokok asal kepada China, Jepun dan Korea dengan penanaman di China, Perancis dan Carolina Utara di Amerika; ia juga membesar di Iran. Ia hidup dalam kawasan beriklim sederhana sahaja.