Ginny_Weasley
Ginny_Weasley

Ginny_Weasley


Ginevra "Ginny" Molly Weasley (lahir pada 11 Ogos 1981) merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter. Dia merupakan anak bongsu kepada pasangan Arthur Weasley dan Molly Weasley. Badannya kecil dengan berambut merah serta bermata perang dan kadang kala diibaratkan seperti kucing. Dia turut berbakat walaupun tubuhnya kecil terutamanya kebolehannya bermain Quidditch. Menurut pengarang, J. K. Rowling, dia merupakan perempuan pertama yang lahir dalam susur galur keluarga Weasley setelah beberapa generasi.
Amaran Spoiler: Terdapat penerangan plot atau penamatan yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya.