Sejarah Gitar_bes

Gitar bes direka sama seperti gitar elektrik, untuk mengatasi kekurangan kekuatan bunyi bagi alat-alat muzik akustik yang diperlukan dalam muzik country dan rock 'n' roll, serta supaya ia mudah alih di samping menjimatkan ruang. Alat muzik ini merupakan salah satu daripada alat muzik yang datang sebelum versi akustiknya.

Gitar bes yang pertama dicipta oleh pereka cipta berbangsa Amerika Paul Tutmarc dengan rupa dan saiz mirip sebuah selo.[1] Dia telah membuat satu lagi rekaan kerana tidak berpuas hati dengan saiz yang sebelumnya, kali ini berdasarkan gitar elektrik, berfret dan direka untuk dimainkan secara melintang. Bes elektrik walau bagaimanapun tidak mendapat sambutan hangat di waktu itu, sehinggalah pada 1950-an.

Pada tahun 1951, Leo Fender telah mengeluarkan versi gitar besnya Precision Bass yang menjadi gitar bes "piawai" waktu itu, selalu digunakan dalam muzik soul dan rekaannya diikuti oleh syarikat lain.