Gitar_elektrik

Gitar elektrik merupakan sejenis gitar yang di mana getaran bunyi hasil petikan plektrum (atau kadangkalanya dengan jari) pada talinya melalui penangkap yang menukarkan getaran kepada isyarat elektrik menggunakan aruhan elektromagnet. Isyarat elektrik ini pula dibawa kepada penguat khusus yang menukarkan isyarat ini kembali kepada gelombang bunyi yang didengari melalui pembesar suara.Konsep penguatan getaran alat muzik tali berasaskan kuasa elektrik ini banyak diterokai dan dieksperimenkan sejak awal abad ke-20, namun rekaan pertama gitar elektrik yang sebenar-benarnya dibuat pada 1931 oleh George Beauchamp bersama-sama Paul Barth daripada syarikat National Guitar Corporation.[1]