Glukosa
Glukosa

Glukosa

Glukosa ialah sejenis gula ringkas dengan formula molekul C6H12O6. Ia merupakan salah satu monomer bagi karbohidrat. Glukosa adalah monosakarida yang paling banyak terdapat secara semulajadinya.Terdapat dua jenis glukosa iaitu D-glukosa dan L-glukosa yang dibezakan oleh konfigurasi pada atom karbon kelima. Glukosa kemudiannya dapat disusun strukturnya dari satu rantai memanjang ("unjuran Fischer") kepada satu struktur siklik ("unjuran Haworth") seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah.Nama "glukosa" ini diambil melalui bahasa Perancis ("glucose") daripada istilah akar bahasa Yunani iaitu γλυκός, "manis" yang merujuk kepada bahan mentah asal bahan ini iaitu pemerasan anggur pertama yang dihasilkan dalam pembuatan wain.[1] Ia pertama kalinya diasingkan sebagai bahan sendirinya oleh Andreas Sigismund Marggraf, seorang saintis Jerman, pada tahun 1747.[2]