Gluon

Gluon merupakan boson tolok yang mengantarakan daya warna (daya nukleus kuat) di antara zarah-zarah yang mempunyai cas warna, iaitu di antara kuark (dan juga antizarahnya, antikuark).Ia pertama dikesan sebagai jet ketiga yang terhasil dalam perlanggaran elektron-positron oleh pakatan TASSO di gelung simpanan PETRA pada akhir 1970an. Perlanggaran tersebut biasanya menghasilkan pasangan kuark-antikuark, yang menjelma dalam bentuk dua jet belakang-ke-belakang, tetapi kadang-kadang kuark (atau antikuark) itu boleh menyinarkan sebiji gluon dalam proses bremsstrahlung gluon, untuk memberikan jet ketiga.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.