Episod Gol_&_Gincu_The_Series

Musim pertama

#TajukSiaran pertamaSinopsis
1Kau, Aku, Dia dan Mereka4 Jun 2006Ibu bapa Mia tidak setuju dengan hubungannya bersama Jeff, seorang lelaki yang cukup tua untuk menjadi bapanya. Mia berputus untuk melarikan diri, lalu mengejutkan ramai orang termasuk rakan karib sendirinya Putri.
2Hari Ini Hari Engkau11 Jun 2006Ayu merancangkan sesuatu agar dapat berpasangan dengan Reza untuk tugasan kelas mereka, dengan niat mendekati Reza meskipun sedar bahawa Reza sudah berasmara dengan Putri. Lepas itu, Reza mendapati dirinya tidak cukup meluangkan masanya bersama Putri, gara-gara kerja sekolah yang menjejaskan perhubungan antara mereka. Pada masa yang sama, Putri mengisi kelapangannya mengejar Eddy, bekas teman lelakinya yang bakal pergi ke Australia untuk melanjutkan pelajarannya.
3Perempuan Melayu Terakhir18 Jun 2006Putri cuba sedaya upaya untuk menampilkan imej kemelayuan agar dapat mengekalkan hubungannya dengan Reza yang kian tercabar akibat perbezaan cara hidup. J terpilih untuk bermain futsal untuk pasukan negeri dengan syarat bahawa dia cepat menurunkan badan. Sarah mencadangkan J mengambil pil mengurangan badan tanpa menyedari bahawa pil-pil tersebut mengandungi bahan yang diharamkan.
4Percayalah25 Jun 2006Putri menemui seulas rantai leher dalam beg Reza secara kebetulan, lalu menyangka rantai itu sebagai hadiah kejutan untuknya, sehinggalah dia mendapati bahawa rantai itu kepunyaan Ayu. Pasukan J hilang kelayakan dan kejuaraan mereka ditarik balik setelah J diuji positif mengambil dadah haram. Dengan hati yang hancur, J menyalahkan Sarah kerana membawa masalah kepadanya.
5Cinta Monyet2 Julai 2006Datin Aina cuba menjauhkan masalah peribadinya dari diketahui Putri – suatu rahsia gelap yang sedang menghantuinya. Pada masa yang sama, Putri meluangkan masanya di luar rumah dengan rakan-rakan sejak kepulangan Mia dan lawatan Jiji ke KL.
6Jerangkung Dalam Almari9 Julai 2006Reza meluahkan pengakuan yang memeranjatkan kepada Putri mengenai keadaan kesihatannya, manakala Datin Aina cuba menghalau Marwan dari rumahnya, lalu mengharapkan agar Marwan tidak berpeluang lagi untuk mendedahkan rahsia gelap mengenai dia dan Ainah kepada Putri.
7Hujan Di Tengah Hari16 Julai 2006Ayu bertindak menghampiri Reza yang baru berpecah dengan Putri yang sukar menerima hakikat bahawa Reza menghidap HIV. Namun, Reza masih tidak boleh melupakan Putri mahupun membenarkan Ayu menggantikan tempat Putri dalam hatinya.
8Mungkin Nanti23 Julai 2006Putri dan kawan-kawannya sesat dalam hutan sewaktu berkhemah di sana, manakala Ayu merancangkan makan malam romantis yang mahal bersama Reza untuk menceriakan Reza dan meluahkan perasaannya kepada Reza. Namun, keadaan bertambah buruk setelah Reza menolak pelawaan Ayu.
9Diari Seorang Lelaki30 Julai 2006Haikal berkongsi zaman kanak-kanak yang pedih dalam blognya tanpa menyedari bahawa dia sedang berkomunikasi dengan Shasha yang meninggalkan mesej dukungan kepadanya. Pada masa yang sama Haikal terlibat dalam pertaruhan dengan kawan-kawannya untuk mengambil gambar Shasha berbogel.
10Di Antara Empat Dinding6 Ogos 2006Putri mengetahui identiti sebenar Marwan, iaitu bahawa Marwanlah bapa kandung Putri yang cuba menculiknya daripada Datin Aina; manakala Sarah, Ling dan Zie ditahan polis dalam operasi menentang maksiat ketika merakam dalam sebuah rumah pelacuran bagi projek sekolah.
11Kiri Kanan Orang Bercinta13 Ogos 2006Eddie berahsia dari Putri bahawa dia sedang berasmara seorang gadis yang lain. Ibu J cuba memadankannya dengan anak lelaki seorang kawan, namun anak lelaki tersebut tidak minat terhadap kaum hawa. Zie bertemu semula dengan seorang kenalan zaman kanak-kanaknya setelah sekian lama terpisah.
12Pinang Dibelah Dua20 Ogos 2006J masih cuba menerima rancangan ibunya untuk mengahwinkannya. Dia hendak meluahkan niat sebenarnya kepada ibunya. Putri pula menyedari bahawa Eddie sedang rapat dengan Hannah dalam satu perlawanan futsal lelaki.
13Inikah Cinta27 Ogos 2006Setelah berpisah dari Eddy, Putri menganjurkan pertunjukan fesyen untuk mengumpul dana bagi penghidap AIDS sebagai sebahagian projek sekolahnya setelah diilhamkan oleh video wawancara pengihdap penyakit itu yang menampilkan Reza. Rancangan tersebut tidak dimulakan dengan baik akibat ketiadaan sokongan daripada rakan sekelasnya, namun ini diganti oleh ahli-ahli BTB. Pada malam pertunjukan, Putri diserang dengan asid sewaktu bersedia untuk peragaan.

Musim kedua

#TajukSiaran pertamaSinopsis
1Nanti8 Julai 2007Berita mengenai Putri terlibat dalam kejadian tuang asid musim lalu tersebar dalam tabloid, lalu merunsingkan Putri dan ibunya yang cuba membetulkan keadaan dengan cadangan berpindah rumah. Shasha pula gusar setelah mengetahui bahawa Haikal di Jakarta dipindahkan ke Universiti Indonesia. Sementara itu, J baru menerima diploma lalu mencari pekerjaan dalam sebuah syarikat yang kod pemakaiannya memerlukan pekerja wanitanya menutup aurat.
2Selamatkan Aku15 Julai 2007Geng BTB membantu Putri dan ibunya berpindah ke rumah baru. Shasha melawat Haikal di Jakarta namun kunjungannya dipendekkan oleh satu panggilan kecemasan dari tanahair. Sementara itu, Reza tercicir ubatnya yang digunakan untuk merawat pesakit HIV.
3Cari Keluarga22 Julai 2007Putri menemukan ibunya dengan seorang pensyarahnya, Fauzi yang ditemui mereka pada malam puisi, sementara menjaga anak perempuan pensyarah tersebut. Bapa Ling tidak setuju anaknya keluar bersama seorang Melayu. Shasha dan Haikal mengadakan temu janji Internet yang tidak berjalan lancar. Mia terkejut dengan cadangan suaminya untuk menduakan isteri.
4Ke Penghujung Jalan29 Julai 2007Shasha akhirnya meraih jawatan pelatih dalam sebuah firma arkitek yang diketuai Irwan. Putri dan rakan-rakan futsalnya merancang untuk memberi kejutan kepada Reza yang menyertai kegiatan berbasikal bagi tujuan amal kesedaran HIV/AIDS. Ini termasuklah Mia yang murung kerana tidak dapat menerima isteri kedua Jeff. Dalam perjalanan ke garisan penamat di Temerloh, geng BTB dan geng basikal Reza terserempak dengan pelbagai kejadian.
5Kawan & Lawan5 Ogos 2007Putri menemui lawan baru – Ratu yang baru dipindahkan dari Eropah – untuk gelaran pelajar wanita paling popular dalam kampus, dan perbalahan ini baru bermula setelah pengumuman peluang keemasan dalam Project Runway Malaysia. Datin Aina membawa Mia ke hospital untuk pemeriksaan kandungannya dan di situlah mereka bertembung dengan Eddy dan ibunya yang menghidap kanser. Di Jakarta, Haikal masih merungut hendak pulang ke Malaysia, dan hubungannya dengan Shasha kian retak gara-gara Irwan.
6Jangan Berubah12 Ogos 2007Haikal melawat Shasha secara mengejut, manakala Datin Aina menjumapi pil HIV+ Reza dalam almari dapurnya lalu menggesa Putri memutus hubungan dengan Reza. Sementara itu, ibu bapa Mia menyuruhnya untuk bercari dari Jeff dan menggugurkan kandungannya. Permusuhan antara Putri dan Ratu makin hangat menjelang ujibakat Project Runway Malaysia, namun akhirnya reda secara antiklimaks. Temu janji Ikan dan Dayang menjadi satu situasi yang janggal bagi kedua-dua mereka.
7Bukalah Mata19 Ogos 2007Dalam cubaan melarikan diri daripada terjerat di tengah pergaduhan antara teman lelakinya Haikal dan majikan barunya Irwan, Shasha terjebak dalam kemalangan jalan raya lalu dimasukkan ke dalam hospital dalam keadaan koma, maka resahlah Putri dan kawan-kawannya yang lain. Mia pula masih tidak dapat melupakan gesaan bapanya untuk menggugurkan kandungannya.
8Putera Impian26 Ogos 2007Shasha akhirnya keluar dari hospital, dan Mia pula memutus untuk mengekalkan kandungannya. Reza membawa Putri melawat ladang kuda untuk berasmara, tetapi keadaan makin tegang setelah Putri menemui seorang kenalan Reza yang wanita. Cubaan temujanji kedua Ikan dan Dayang rosak lagi gara-gara kesulitan komunikasi, manakala persahabatan Zie dan J tercabar kerana penglibatan dalam suatu urusniaga.
9Aku Terima2 September 2007Mia akhirnya merestui cadangan Jeff untuk kahwin dua dan menghadiri sesi menghantar belanja bersama isteri keduanya Ruby, tetapi bukan semuanya erjalan lancar. Setelah mengalami kemalangan, Shasha kian takut untuk melintas jalan dan nyaris berhenti daripada kerja latihan sehingga majikannya Irwan membantunya kembali hidup seperti yang sebelumnya.
10Pipit lawan Helang9 September 2007Reza memulakan internshipnya bersama Ayu dalam syarikat yang sama, maka Ayu mencari kesempatan untuk merneggangkan hubungan antara Reza dan Putri. Shasha mendapati cubaan seorang hartawan berpengaruh untuk membina di atas tanah wakaf dan hartanah milik orang lain lalu cuba menghalangnya. J dan Dayang menyertai uji bakat One in a Million; Dayang melayakkan dirinya tetapi kemudian menolak peluang itu.
11Usaha Kita, Nasib Kita16 September 2007Reza amat pasti bahawa Ayu sedang bermain kayu tiga dengan Ikan, tetapi Ikan sendiri tidak percaya dan menyangka Reza mengancam hubungannya dengan Ayu. Shasha dan Irwan membocorkan maklumat sulit kepada seorang wartawan tabloid, lalu dipecat dari firma kerana perbuatan tadi. Putri dan kawan-kawan mengadakan sebuah parti baby shower untuk Mia. Selepas itu, Ling menghilangkan beg tangannya yang penuh dengan kutipan loterinya berjumlah sejuta ringgit kepada peragut.
12Jerat23 September 2007Mia akhirnya melahirkan anak lelakinya tanpa kehadiran Jeff yang mengerjakan umrah bersama isteri yang lain di Makkah. Putri mengaku kesediaan bertunang kepada ibunya Datin Aina, yang kemudiannya menerima lamaran daripada Riki yang baru kembali ke Malaysia. Sementara itu, Reza terjebak dalam jerat Ayu yang mana Ayu sengaja menyebabkan mereka berdua ditangkap basah oleh pihak berkuasa agama.
13Jalan Yang Kupilih30 September 2007Reza cuba melangsaikan isu tangkap basahnya dengan kakaknya sementara menghadap orang tua Ayu yang konservatif, namun ahli-ahli BTBlah yang menggunakan akal mereka untuk membantu Reza senyap-senyap. Akhirnya, Reza dan Putri ditakdirkan bersama. Shasha pula berbaik semula dengan Haikal, dan orang tua Mia akhirnya membuka hati kepada cucu baru mereka.