Pelakon Gol_&_Gincu_The_Series

Watak utama

Putri Farhana Aliya binti Datuk Megat Farizuddin (Nur Fazura Sharifuddin)Seorang penuntut di Limkokwing dan ketua pasukan Bukan Team Biasa yang lahir dalam satu keluarga yang kaya. Dia sentiasa cuba prihatin terhadap ragam dan isu yang dihadapi rakan-rakannya. Putri jatuh cinta terhadap Reza setelah meninggalkan Eddy, namun hubungan itu turut berakhir setelah Putri menyedari keadaan kesihatan Reza.Reza Budiman Adianto (Pierre Andre)Seorang penuntut Universiti Malaya yang berasal dari Pulau Pinang yang juga bekerja secara sambilan di gelanggang futsal Sports Planet yang sering dikunjungi pasukan Bukan Team Biasa, untuk menampung pelajarannya. Dalam musim pertama, hatinya direbut Putri dan Mia, tetapi hubungannya dengan Putri retak sejak dia menerangkannya bahawa dia disahkan HIV+.Shasha Amira Salleh (Sazzy Falak)Seorang pelajar Limkokwing yang turut giat bermain futsal. Dalam filem Gol & Gincu, dia merupakan ketua pasukan lawan kepada pasukan Putri, iaitu Ballbusters. Namun, dalam siri ini, hubungannya dengan Putri makin tenang sehingga mereka menjadi kawan.Adzrul Zaidi "Eddy" bin Harun (Ashraf Sinclair)Dalam musim pertama siri ini Eddy melanjutkan pelajarannya di Australia, namun dia masih berhubungan dengan Putri melalui emel dan instant messaging. Keadaan keluarga Eddy di Malaysia retak setelah didapati bapanya berkahwin dengan seseorang ketika bercuti di Thailand.Haikal (Razif Hashim)Teman lelaki Shasha dalam perhubungan yang renggang. Dalam musim pertama dia kelihatan berkelakuan aneh dan didapati Shasha sebagai tidak senonoh; tambahan pula, dia pernah hadir ke kampus dengan memakai kasut bertumit tinggi, dan dia pernah nyaris-nyaris mengambil gambar Shasha dalam keadan bogel. Pada musim kedua, dia berpindah ke Jakarta setelah insiden itu tetapi kembali ke tanahair untuk cuba mengisi kekosongan Shasha, namun lain pula yang disebabkannya.

Ahli Bukan Team Biasa

Ziziana "Zie" Bt. Lokman (Rafidah Abdullah)Seorang ahli pasukan BTB sungguhpun dia memakai cermin mata. Dia berasal dari Pulau Pinang.Ling (Celina Khor)Satu-satunya ahli berbangsa Cina dalam pasukan ini.Juita Atan/"J" (Fasha Rahman)Ahli pasukan BTB yang juga menjadi ahli pasukan negeri, namun dia menyebabkan kejatuhan imej pasukan negeri setelah didapati mengambil dadah. Pada musim kedua dia memperoleh diploma lalu cuba mencari pekerjaan yang sesuai.Sarah (Kartini Kamalul Arifin)Dalam musim kedua, dalam perbualan antara Zie dan Ling, dia sudah melanjutkan pelajaran di UK.Dayang (Zarina Zainoordin)

Watak sampingan

Datin Aina (Bernice Chauly)Ibu kepada Putri yang menjaganya sendirian sejak suaminya meninggal dunia. Sungguhpun kelihatan tegas dan murung, namun dia menunjukkan sifat peramah dan penyayang terhadap anaknya dan rakan-rakan anaknya itu.Ayu (Mazlina Hassan [musim pertama]; Lana Nodin [musim kedua])Duduk dalam bangunan asrama yang sama dengan Reza, dia cuba menawan hati reza daripada Putri. Sepertilah Putri, dia juga menunjukkan rasa prihatin terhadap Reza. Dalam musim kedua dendamnya terhadap Putri terserlah apabila dia membuka blog dan menyebarkan khabar mengenai kejadian tumpahan asid musim pertama.Hannah (hannah t)Salah seorang kenalan Eddy di Australia. Hubungannya dengan Eddy dieratkan tanpa diketahui Putri.Ikan (Que Haidar)Seorang kenalan Zie sejak zaman muda mereka berdua di Pulau Pinang. Dalam musim pertama, Zie pernah menceritakan bahawa Ikan pernah ditangkap kerana menagih dadah.Irwan (Fahmi Fadzil)Majikan kepada Shasha ketika menjalani latihan amali di firmanya, yang disyak wasangka oleh Haikal sebagai pesaing bagi menawan hati Shasha.Jeff (Jamal Jamaluddin)Suami Mia yang jauh lebih tua berbanding isterinya, dan berazam untuk mengahwini lebih daripada seorang isteri pada masa yang sama.Marwan (Jit Murad)Watak misteri dalam musim pertama yang sering mengugut Datin Aina untuk menyerahkan hartanya, dan pada masa yang sama, memperguna Putri untuk mencapai matlamantnya.Mia Susanna Dean (Melissa Maureen)Seorang rakan karib Putri yang berhenti pelajarannya lalu berkahwin dalam musim pertama. Mulai penghujung musim pertama dia sudah mengandung dengan anak sulungnya.Najihah "Jijie" Bt. Hafizam (Sharifah Amani)Pada akhir filem, dia berpindah ke Kedah. Dalam siri dia sekali mengunjung kawan lamanya di Kuala Lumpur.Ratu (Diana Danielle)Lawan kepada Putri yang merebut gelaran gadis paling popular. Permusuhan antara mereka pernah memuncak menjelang uji bakat Project Runway Malaysia.Riki (Arsalan Lak)Teman lelaki baru Datin Aina yang berasal dari Montreal.Tina (Sharifah Sofia Syed Hussein)