Sinopsis Gol_&_Gincu_The_Series

Di samping kegemaran terhadap futsal dan ikatan tulus antara mereka, Putri dan Reza adalah sepasangan muda yang berasmara sungguhpun berlainan latar belakang. Putri seorang penuntut jurusan fesyen di Limkokwing yang berasal daripada keluarga yang kaya-raya manakala Reza seorang penuntut jurusan perundangan di Universiti Malaya yang terpaksa bekerja sambilan bagi menampung dirinya dan pembelajarannya.

Ayu sudah lama bercinta dengan Reza sejak tahun pertama mereka bersama sebagai rakan sekursus. Reza benar-benar tidak menyedari perasaan Ayu, lalu apabila Ayu memutuskan bahawa sudah tibanya waktu dia meluahkan perasaan hatinya kepada Reza, kemunculan Putri merosakkan rancangannya. Namun Ayu tidak mudah berputus asa, lalu merancangkan sesuatu untuk memutuskan perhubungan antara Putri dan Reza, sambil memastikan lawannya sentiasa rapat dengannya sebagai teman.

Pada masa yang sama, Putri mula mengalami masalah apabila sahabat karibnya Mia memutuskan untuk berkahwin dan menghentikan pembelajarannya, tambahan pula rakan-rakan sepasukan futsalnya semuanya asyik dengan masalah peribadi masing-masing, menyebabkan kehadiran untuk latihan futsal makin merosot dan ibunya Datin Aina mula murung kerana resah akan kehadiran semula seorang lelaki misteri daripada zaman silamnya, tetapi akhirnya masalah itu diselesaikan apabila Putri menerima hakikat yang mengejutkan di sebalik lelaki misteri itu.

Pada pertengahan musim pertama, Reza mengaku kepada Putri bahawa dirinya menghidap HIV lalu menamatkah hubungan antara mereka; namun, menjelang musim kedua, cinta Putri dan Reza kembali berputik. Rahsia yang disimpan oleh Reza selama ini tidak lagi menjadi halangan bagi mereka, malah Putri semakin lama semakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan Reza. Namun, hubungan mereka masih lagi diduga dengan pelbagai cabaran, terutamanya kehadiran orang ketiga yang tidak serik-serik cuba memutuskan mereka…

Sementara itu, Shasha dan Haikal juga mendapati hubungan mereka terhalang – Haikal telah dipaksa oleh keluarganya untuk pulang ke Jakarta dan segala usahanya untuk pulang ke Kuala Lumpur menemui jalan buntu. Shasha pula mula menjalani program latihan di sebuah firma arkitek di mana dia bertemu dengan Irwan, lelaki yang berfikiran jauh lebih matang dari Haikal.

Ahli-ahli Bukan Team Biasa yang lainnya juga masing-masing menghadapi dilema mereka sendiri. Ling yang kini berpacaran dengan Atoi, seorang jejaka Melayu, terpaksa berdepan dengan tentangan hebat dari bapanya. J yang baru saja menamatkan pengajiannya mula berdepan dengan cabaran-cabaran alam pekerjaan, namun dia sendiri tidak pasti apa yang ingin dilakukannya dalam hidup. Dayang pula dalam diam menyimpan perasaan terhadap Ikan, bekas teman lelaki Zie. Mia yang hamil dengan anak sulungnya ditimpa kekalutan bila suaminya, Jeff, membuat permintaan yang tidak diduga… berkerja sambil belajar bagi membiayai pengajiannya di universiti tempatan.