Penerbitan Gol_&_Gincu_Vol._2

Gol & Gincu Vol. 2 diarahkan oleh Umi Salwana Omar di dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah filem.[3] Beliau dipilih berdasarkan kemahiran dan pengalamannya mengarah pelbagai telefilem dan sitkom popular Oh My English! serta pengalamannya sebagai Penolong Pengarah bagi produksi terbitan Redfilms termasuk Songlap (2011), Istanbul Aku Datang (2012), dan Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014). Cerita dan skrip ditulis oleh Rafidah Abdullah dan diberi olahan baru oleh Nadia Khan, seorang novelis yang terkenal dengan novel terlaris beliau iaitu Gantung dan Kelabu. Lina Tan selaku penerbit, mengulas mengenai filem ini:

"Walaupun kami mengambil masa 13 tahun untuk menerbitkan semula filem ini namun inilah masa yang tepat kerana saya benar-benar mahu menghasilkan semula filem tempatan dengan watak utama wanita yang kuat. Kami ingin meraikan kepelbagaian dan elemen memperkasakan wanita cukup menonjol dalam filem ini."[4]

Datin Diana Danielle dan Ummi Nazeera dipilih menjayakan peranan sebagai pelakon utama, Gol & Gincu Vol. 2 juga menampilkan semula dua pelakon asal filem pertama iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani di samping pelakon baru termasuk Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah,[5] Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng dan Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin. Fazura dilaporkan menarik diri dari membintangi Gol & Gincu Vol. 2 dalam satu temuramah: "Saya tahu ramai tertanya-tanya kenapa saya tidak terlibat dalam Gol & Gincu kali ini. Ini kerana pada saya, watak Putri sudah tamat. Sekarang saya mahu beri peluang kepada pelakon baru yang hebat dan berbakat seperti Diana Danielle dan Ummi Nazeera untuk bawa cerita ini sesuai dengan generasi sekarang,".[6]

Rujukan

WikiPedia: Gol_&_Gincu_Vol._2 http://www.dailyseni.com/v4/gol-gincu-2-review-wit... http://www.imdb.com/Title?Gol+%26%2338%3B+Gincu+Vo... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/56... http://www.golgincu2.com.my/ http://www.mstar.com.my/hiburan/zoom/2018/08/24/sa... http://www.thesundaily.my/news/2018/10/29/movie-re... https://www.budiey.com/gol-gincu-vol-2/ https://www.star2.com/entertainment/2018/09/14/gol... https://www.star2.com/entertainment/2018/10/23/ath... https://www.star2.com/entertainment/2018/10/26/gol...