Gong_Badak

Gong Badak ialah sebuah bandar baru yang terletak di bahagian utara Sungai Terengganu di daerah Kuala Nerus yang dahulunya sebahagian daripada daerah Kuala Terengganu yang dikenali sebagai Kuala Terengganu Utara. Gong Badak membangun pesat dengan perkembangan kawasan perindustrian Gong Badak dan institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Maktab Perguruan Dato Razali Batu Rakit. Pasaraya besar seperti Hock Kee Seng, Sabasun 2, Giant, Mydin dan restoran rangkaian seperti KFC, McDonald's, Burger King, Pizza Hut's telah pun membuka cawangan ke Gong Badak.