Good_Friday

Good Friday (juga dikenali sebagai Jumaat Agung) adalah cuti keagamaan dalam budaya agama Kristian yang memperingati kematian Yesus Kristus yang disebabkan penyaliban di Calvary. Cuti ini disambut semasa Minggu Suci sebagai sebahagian daripada Paschal Triduum pada hari Jumaat sebelum Hari Easter pada hari Ahad, dan mungkin juga bertembung dengan hari Passover orang Yahudi.Tarikh memperingati hari ini cenderung berubah dari hari ke hari mengikut peredaran dalam takwim Gregorius. Gereja-gereja Mazhab Timur dan Mazhab Barat saling bertelingkah mengenai perkiraan hari sambutan Easter, lebih-lebih lagi hari Good Friday. Hari ini dimaktubkan sebagai cuti am di beberapa negara Barat termasuk beberapa negeri dalam Amerika Syarikat.[1] Malah, ada beberapa negara tertentu seperti Jerman mempunyai undang-undang yang mengharamkan kegiatan tertentu - misalnya tari-menari atau berlumba kuda - yang dianggap mecemar kesucian hari ini.[2][3]