Google+

Google+ (kadangkala disebut Google Plus) merupakan laman sesawang rangkaian sosial dalam talian yang dikendalikan oleh Google. Laman ini dibuka pada 28 Jun 2011 untuk mempelawa orang ramai menyertainya untuk mengujinya[3]. Hari selepasnya, pengguna yang mempunyai akaun dibenarkan untuk mengundang rakan-rakan mereka yang berumur 18 tahun dan keatas menyertai laman sosial tersebut. Tetapi, menurut eksekutif syarikat Google, Vic Gundotra, perkhidmatan ini dihentikan dalam masa sehari kerana mendapat permintaan yang begitu banyak daripada pengguna[4].Perkhidmatan ini direka bersama laman sosial lain seperti Google Profiles dan Google Buzz. Laman ini juga memperkenalkan ciri-ciri baharu rangkaian sosial seperti "Kalangan" (Circles), "Tempat Melepak" (Hangouts) serta "Sparks" dan "Borak" (Huddles)[5]. Telah dikatakan bahawa perkhidmatan ini merupakan percubaan terbesar syarikat Google untuk bersaing dengan laman Facebook[6].

Google+

Pemilik Google LLC
Dicipta oleh Vic Gundotra, Bradley Horowitz
Bahasa pengaturcaraan Java dan JavaScript
Pengiklanan? Yes
Pendaftaran Diperlukan
Pengguna 111 juta pengguna aktif[1] (2015)
Laman sesawang plus.google.com
Boleh didapati dalam Pelbagai bahasa
Dilancarkan pada 28 Jun 2011; 8 tahun yang lalu (2011-06-28),[2] menggantikan Google Buzz
Jenis laman Perkhidmatan rangkaian sosial
Perkhidmatan identiti
Status terkini Aktif (Dijadualkan akan ditutup untuk pelanggan pada Ogos 2019)