Sejarah Google_Chrome

Pengumuman

Pengumuman keluaran pada mulanya telah dijadualkan pada 3 September 2008, dan satu komik oleh Scott McCloud telah dihantar ke para wartawan dan para penulis blog menerangkan ciri-ciri dan motivasi bagi pelayan web terbaru.[9] Salinan yang dibuat untuk Eropah telah dihantar dan penulis blog Jerman Philipp Lenssen dari Google Blogoscoped[10] telah membuat satu salinan imbasan yang mengandungi 38 muka surat di laman webnya selepas menerimanya pada 1 September 2008.[11] Seterusnya Google telah meletakkannya di laman web Google Books dan laman mereka[11] lalu menyatakannya dalam blog rasminya beserta penerangan untuk keluaran awal.[12]

Keluaran umum

Satu keluaran beta untuk Microsoft Windows telah dikeluarkan pada 2 September 2008 dalam 43 bahasa. Versi-versi Mac OS X dan Linux pula masih dalam peringkat pembangunan dan dijadualkan keluar tidak lama lagi.[13][14][15]

Pada 2 September, satu laporan berita CNET[16] menarik perhatian ramai terhadap serangkap terma perkhidmatan bagi keluaran beta awal, yang kelihatan memberi Google hak capaian kepada kesemua kandungan yang dipindahkan melalui pelayar Chrome. Petikan terbabit sebenarnya disalin dari terma-terma perkhidmatan am Google.[17] Pada hari yang sama, Google membalas kritikan itu dengan mengakui bahawa istilah-istilah yang dipakai adalah dipinjam dari produk lain, lalu memadam rangkap berkenaan dari Terma-Terma Perkhidmatannya.[18] Google menyatakan perubahan ini adalah untuk semua pengguna yang telah memuat turun Google Chrome.[19] Ada juga kebimbangan dan kekeliruan kalau-kalau adanya maklumat atau maklumat yang mana yang disalurkan balik ke Google. Pihak Google menyatakan[20] baahwa metrik penggunaan hanya dihantar apabila pengguna memilih untuk menanda pilihan "bantulah pertingkatkan Google Chrome dengan menghantar statistik penggunaan dan laporan keruntuhan perisian kepada Google secara automatik" apabila pelayar ini dipasang.[21]

Keluaran sulung Google Chrome lulus ujian Acid1 dan Acid2. Walaupun tidak lulus ujian Acid3, namun adalah memadai apabila mencatat markah 78/100, lebih tinggi berbanding pelayar Internet Explorer 7 (14) dan Firefox 3 (71), tetapi di belakang Opera (84).[22] Jika dibandingkan dengan binaan pembangun, Chrome lebih rendah markahnya berbanding Firefox (85), Opera (99), dan Safari (100), tetapi masih mengatasi Internet Explorer (21).[22]

Google mengeluarkan Chrome 2.0 pada 21 Mei 2009, menjanjukan peningkatan kelajuan dan kestabilan. Antara ciri-ciri barunya termasuk pengisian borang automatik, pembaharuan New Tab Page, dan mod skrin penuh.[23]

Versi 3.0 keluar pada 15 September 2009, membawakan peningkatan kelajuan sebanyak 25%, kebolehan HTML5 (seperti unsur-unsur <video> dan <audio> dengan sokongan natif untuk video Ogg Theora, audio Ogg Vorbis, video H.264, audio AAC dan MP3), Omnibox dipertingkat, pemilihan tema, dan pembaharuan New Tab Page.[24][25][26][27][28]

Rujukan

WikiPedia: Google_Chrome http://www.builderau.com.au/news/soa/Step-aside-Ch... http://www.builderau.com.au/news/soa/Third-Chrome-... http://www.cbc.ca/technology/story/2008/09/01/goog... http://itunes.apple.com/us/app/chrome/id535886823 http://blogoscoped.com/archive/2008-09-01-n47.html http://blogoscoped.com/archive/2008-09-02-n72.html http://blogoscoped.com/google-chrome/ http://chrome.blogspot.com/2009/05/speedier-google... http://googleblog.blogspot.com/2008/09/fresh-take-... http://googleblog.blogspot.com/2009/09/google-chro...