Gopher_(protokol)

Protokol Gopher ialah sejenis protokol lapisan penggunaan TCP/IP yang direka bagi mengedar, mencari, dan mendapatkan dokumen-dokumen melalui Internet. Protokol ini menggunakan reka bentuk menu-dokumen menjadi pilihan pada Jaringan Sejagat pada zaman awal pembinaan jaringan tersebut. Namun, akhirnya protokol HTTP menjadi protokol yang dominan ataupun aliran utama. Ekosistem Gopher sering kali dianggap sebagai pendahulu efektif Jaringan Sejagat, atau dalam bahasa Inggeris, World Wide Web (WWW).Protokol Gopher dicipta sebuah pasukan yang diketuai Mark P. McCahill di Universiti Minnesota. Protokol ini menyediakan beberapa ciri yang tidak didokong secara azali oleh Web dan mengenakan sistem hierarki yang lebih ketat terhadap maklumat yang terkandung dengannya. Antara muka teks utamanya mudah diguna,[1] dan amat sesuai dengan persekitaran pengkomputan yang bergantung banyak pada terminal teks jarak jauh, yang masih banyak dijumpai semasa protokol ini dicipta pada tahun 1991. protokolnya yang ringkas juga memudahakan penciptaan implementasi pelanggan. Semakan Gopher dan pelanggan yang lebih kini menambah dokongan bagi multimedia.[1] Gopher menjadi pilihan ramai pentadbir sistem kerana protokol ini memerlukan hanya sedikit sumber jaringan berbanding perkhidmatan Web.[2]Gopher menyediakan platform yang sesuai buat penyediaan perhubungan perpustakaan elektronik besar yang pertama dengan struktur hierarkinya.[3] Para pengguna Gopher masih ingat yang sistem Gopher "lebih pantas, lebih efisien dan lebih teratur" daripada perkhidmatan-perkhidmatan Web sekarang.[4] Mahupun protokol ini kebanyakannya diganti oleh Web dalam tahun-tahun selepasnya, protokol Gopher masih diguna oleh para penggemarnya, dan pelayan-pelayan Gopher masih dikekalkan sehingga kini.

Rujukan

WikiPedia: Gopher_(protokol) gopher://gopher.docfile.org/1/world/monitoring/upt... http://books.google.ca/books?id=A1UoH2vGKE8C&pg=PA... http://books.google.ca/books?id=bUJGenHGNdQC&pg=PA... http://arstechnica.com/open-source/news/2010/07/ov... http://arstechnica.com/tech-policy/news/2009/11/th... http://exebeche.com/iGopher http://gopher.floodgap.com/gopher/gw?a=gopher://go... http://gopher.floodgap.com/overbite/ http://gopher.floodgap.com/overbite/d?android http://gopher.floodgap.com/overbite/relevance.html