Grafik_komputer_3D
Grafik_komputer_3D

Grafik_komputer_3D

Pemodelan 3D / Pengimbasan 3D
Perealistikan 3D / Pencetakan 3D
Perisian grafik komputer 3D
Model 3D / Reka bentuk terbantu komputer
Reka bentuk grafik / Permainan videos
Kesan tampak / Penggambaran
Kejuruteraan maya / Realiti maya
CGI / Animasi / Paparan 3D
Model rangka dawai / Pemetaan tekstur
Animasi komputer / Tangkapan pergerakan
Animasi rangka / Penyelakuan kumpulan
Pencahayaan sejagat / Perealistikan isi paduGrafik komputer 3D ialah salah satu bidang kajian dalam bidang grafik komputer yang memanipulasikan model-model berangka untuk objek tiga dimensi melalui komputer. Grafik sebegini paling biasa digunakan bersama-sama dengan animasi komputer untuk menjanakan imej pandangan bagi penerbitan filem dan televisyen, permainan komputer dan video, ilustrasi komersil, kejuteraan, dan penggambaran saintifik. Istilah "grafik komputer 3D" boleh juga digunakan untuk merujuk kepada imej-imej yang dihasilkan melalui model-model tersebut. Grafik komputer boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu grafik komputer masa-nyata dan grafik komputer bukan masa-nyata. Grafik komputer masa-nyata membenarkan pengguna berinteraksi dengannya. Contohnya ialah seperti permainan komputer, simulasi penerbangan dan sistem telusur maya. Manakala grafik bukan masa-nyata hanya membenarkan pengguna melihat sahaja. Contoh grafik bukan masa-nyata ialah filem animasi dan persembahan multimedia.Pengunaan komputer dalam menghasilkan Grafik komputer 3D ini menjadikan grafik 3D janaan komputer ini begitu istimewa sekali kerana imej 3D yang dihasilkan itu dapat dibentuk dengan sangat terperinci menyamai objek sebenar atau hampir menyamai objek sebenar sehingga kita kadang-kadang tidak dapat membezakan antara gambar sebenar atau gambar yang dihasilkan dengan komputer. Selain daripada dapat menghasilkan gambar objek seperti objek sebenar,grafik 3d berkomputer ini juga digunakan untuk meggambarkan sesuatu idea atau objek yang belum dicipta kepada bentuk 3 dimensi. Sebagai contoh dalam industri pembuatan kereta, rekabentuk sesebuah kereta yang hanya direka dalam bentuk paparan di atas kertas boleh dipindahkan ke dalam komputer yang kemudiannya dibentuk secara 3d oleh artis 3d yang mana imej kereta secara 3d itu boleh dipaparkan secara 360 darjah. Keupayaan imej 3 dimensi janaan komputer ini membolehkan pereka melihat dengan lebih sebenar apa yang akan dibina nanti dan bagaimana rupa kereta tersebut apabila siap nanti. Imej yang dihasilkan dalam bentuk 3 dimensi secara digital ini juga dikenali sebagai model 3 dimensi. Ada juga yang merujuk kepada perkataan objek 3 dimensi.Model 3 dimensi ini pula boleh terdiri daripada model manusia, haiwan, kenderaan, bangunan, perkakas elektrik, gajet, pokok malah bukit-bukau dan lain-lain lagi. Model 3 dimensi ini pula akan dikeluarkan dalam 2 bentuk iaitu secara gambar pegun atau animasi 3d.
Amerika Syarikat · China · India · Jepun · Korea · MalaysiaJuruanimasi (Senarai juruanimasi) · Pengarah animasi · Studio animasi · Pesta filem animasiFilem animasi · Siri televisyen animasi · Filem animasi komputer · Filem gerak hentiAnimasi terbatas · RotoskopGrafik · Model · Objek · Pepotong · Tanah liatFlash · PowerPoint · SVGCel-shade · kerangka · Kumpulan · Morph target · Tangkapan gerakanBuku selak · Lukis atas filem · Lukis atas kaca · Perantaraan · Pasir · Pinskrin · Seni piksel · Zoetrop12 prinsip asas animasi · Siri kartun · Fizik kartun · Kartun animasi · Animasi watak · Animasi bebas · Animasi dewasa