Grafit
Grafit

Grafit

Mineral grafit ialah salah satu alotrop karbon. Ia dinamakan oleh Abraham Gottlob Werner pada 1789 dari perkataan Greek γραφειν (graphein): "melukis/menulis", kerana kegunaanya dalam pensel. Berbeza dengan berlian (satu lagi alotrop karbon), grafit merupakan pengalir elektrik separuh logam, dan boleh digunakan, sebagai contoh, dalam elektrod lampu arka. Grafit memegang penghormatan sebagai bentuk paling stabil karbon di bawah suhu dan tekanan piawai. Oleh itu, ia digunakan dalam termokimia sebagai keadaan piawai untuk mentakrifkan haba pembentukan sebatian karbon. Grafit boleh dianggap sebagai gred tertinggi batu arang, cuma sedikit di atas antrasit dan kerana itu juga dipanggil meta-antrasit, sungguhpun ia jarang digunakan sebagai bahan api disebabkan ia sukar dinyalakan.