Grand_Prix_Eropah_2007
Grand_Prix_Eropah_2007

Grand_Prix_Eropah_2007

Grand Prix Eropah 2007 (Pada asalnya: Grand Prix Jerman 2007) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Nürburgring. Ia merupakan perlumbaan kesepuluh dalam kalendar Formula Satu musim 2007. Perlumbaan ini dimenangi oleh Fernando Alonso, dari pasukan McLaren.Fernando Alonso memenangi Grand Prix ini dari pasukan McLaren, diikuti oleh Felipe Massa dari pasukan Ferrari dan Mark Webber di tempat ketiga, dari pasukan Red Bull.Christijan Albers tidak memulakan perlumbaan ini untuk Spyker F1 kerana gagal membayar wang penajaan. Penggantinya adalah pemandu tempatan, Markus Winkelhock, anak bekas pemandu Formula Satu, Manfred Winkelhock. Ini adalah perlumbaan terakhir untuk pemandu Toro Rosso, Scott Speed. Beliau digantikan oleh pemandu ujian BMW Sauber, Sebastian Vettel.